
azireenaz
5 tahun
Demam dan batuk selepas pulang dari Yogyakarta
Saya wanita berumur 35 tahun Pada 2-6 March lalu, saya berada di kuching, Sarawak Dan Pada hari ke-4 memgalami demam. Tiada simptom lain dar

5 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Saya fahm tentang kebimbangan anda lebih-lebih lagi sekarang kita sedang mengalami wabak coronavirus.
Berdasarkan gejala yang anda hadapi seperti di atas, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Gejala yang anda hadapi juga boleh disebabkan oleh pelbagai masalah kesihatan yang lain seperti:
- jangkitan virus/kuman
- jangkitan kuman pada paru-paru
- keradangan
- demam denggi
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini