
Sulit
4 tahun
Demam dan berak cair
Bayi saya 9 bulan…hr ni dah hari ke4 demam…pukul 3ptg tadi dah bagi Pcm dan antibiotik…skrg ni tiap kali lps menyusu, terus die akan berak cair sampai merah punggung…sebelum demam die minum susu yg sama dan tiada masalah berak cair…saya bagi susu ibu dan susu formula… Adakah disebabkn ambil antibiotik, bila anak saya minum susu formula terus berak?patut ke saya risau

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh bayi anda. Walau bagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Dapatkan penjagaan kesihatan terbaik untuk si manja anda. Klik disini untuk dapatkan bantuan.
Secara umum demam yang diiringi berak cair biasanya dikaitkan dengan jangkitan kuman, samada ianya disebabkan virus, bakteria atau parasit. Namun tidak menutup kemungkinan yang lain seperti:
- jangkitan kuman di usus atau saluran pencernaan
- alergi atau alahan makanan atau susu
- gangguan enzim tubuh (jarang)
- penyakit lain di saluran pencernaan
Selain itu, demam yang berulang juga boleh berpunca dari penyakit tubuh yang lebih serius sehingga memerlukan pemeriksaan yang lebih lanjut di hospital atau klinik. Anda dinasihatkan untuk segera berjumpa doktor sekiranya terdapat gejala penyerta seperti:
- lemah lesu badan sehingga anak malas minum dan makan
- berak cair yang berterusan atau terdapat perubahan warna
- kerap menangis
- kejang tubuh
- muntah
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Pediatrician kami sedia membantu.
Akhir kata, untuk mengetahui punca masalah sebenar anda tetap perlu mendapatkan rawatan dan pemeriksaan lanjut. Tambahan lagi anda juga boleh mendapatkan informasi secara langsung (di atas talian) dengan doktor kami yang bertugas kami di (DoctorOnCall).