
Sulit
4 tahun
Demam dan sakit perut
Saya demam hari jumaat 14/2. And 15/2 dah surut. Tapi since hari sabtu tu perut saya kerap sakit, sakit yang kejap² datang kejap² hilang. Lepastu harini saya demam balik and masih rasa sakit perut tu. Can i know why sakit perut? Demam tu biasa je, cuma sakit perut yang kejap² tu tak pernah jadi lagi sebelum ni.
Thank you doc!

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah sakit perut dan meluas ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Keracunan makanan
- Masalah penghadaman
- Masalah pada usus atau mana-mana bahagian saluran pencernaan
- Penggunaan ubat seperti antibiotik
- Jangkitan kuman tifoid
Sekiranya anda mengalami keracunan makanan, doktor akan memberi ubat sakit perut serta air garam untuk anda. Anda digalakkan untuk rehat serta mengambil minuman yang banyak sehingga keracunan makanan sembuh dalam beberapa hari sahaja. Jika anda mengalami gastrik, doktor akan memberi ubatan gastrik dan juga nasihat tentang cara pemakanan yang tidak menyebabkan gastrik seperti makan menepati masa dan kurangkan pemakanan pedas dan berminyak. Anda boleh juga cuba mengambil ubat angin yang dijual di mana-mana farmasi berdekatan. Sekiranya anda mengalami gejala yang sangat serius seperti demam tinggi, cirit-birit yang tidak berhenti, tahi yang hitam atau sakit perut yang teruk, anda harus pergi ke jabatan kecemasan dengan segera untuk mendapatkan rawatan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.