
Sulit
3 tahun
Demam dan selesema tapi bukan positive
Saya dah buat anti gen self test kit tu kat rumah pada 23 /11 sebab semalam pada 22/11 saya sakit tekak. Keputusan test kit tu negative tapi kenapa after few hours saya demam dan selesema. Tapi saya masih ada deria rasa dan bau. Dan saya juga tidak sakit tekak lagi. Adakah saya patut mengambil semula test kit itu? Demam saya covid atau tidak ya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Sebagai pengetahuan, simptom-simptom jangkitan covid-19 adalah seperti berikut:
Simptom yang sering berlaku:
- Demam
- Selsema
- Batuk
- Keletihan
- Hilang deria bau dan rasa
Simptom yang jarang berlaku:
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Sakit badan
- Cirit-birit
- Kulit yang kemerah-merahan
Simptom yang serius:
- Sesak nafas
- Sakit dada
- Pitam
Anda disarankan untuk melakukan ujian kendiri covid-19 atau berbincang dengan doktor agar keadaan ini dapat dibendung dengan segera.
Saya harap jawapan diatas dapat membantu dan sekiranya anda memerlukan perbincangan yang lebih lanjut mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi doktor atau pakar kami secara atas talian. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini