Sulit
3 tahun
Demam dan susah bernafas
Salam sejahtera doktor…
Saya wanita berusia 25tahun. Saya demam sudah masuk 4 hari tetapi tidak mengalami batuk,sakit tekak serta selsema. Suhu demam saya hanya 36.9°c dan tidak lebih dari itu. Tetapi hari ke-4 saya mengalami kesukaran bernafas. Hidung terasa sempit dan susah untuk bernafas seperti tersumbat. adakah saya perlu mengambil ujian saringan covid-19?
3 tahun
Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Saya faham tentang kebimbangan anda mengenai risiko jangkitan COVID. Oleh kerana itu, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Walaubagaimanapun, memandangkan anda tidak memiliki sebarang gejala, anda disarankan untuk memantau gejala COVID 19 seperti batuk dan selsema.
Untuk makluman, gejala jangkitan akan timbul dalam jangka masa 14 hari.Anda harus segera ke klinik atau hospital untuk mendapatkan ujian pengesahan jika anda menunjukkan simptom.
Pesakit akan mengalami simptom seperti berikut:
- Sakit tekak
- Batuk
- Selsema
- Demam
- Sesak nafas
- Sakit badan
Berdasarkan garis panduan yang telah dikeluarkan oleh Bahagian Kawalan Penyakit Malaysia, anda digalakkan untuk melakukan langkah pencegahan seperti berikut:
- Mencuci tangan dengan sabun dan air.
- Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut dengan tangan yang tidak dicuci.
- Jauhi daripada orang yang sakit terutamanya yang menunjukkan simptom jangkitan Coronavirus
- Elakkan daripada mengunjung kawasan tumpuan ramai orang
- Elakkan daripada memakan daging mentah atau yang tidak dimasak dengan sempurna
- Pastikan mulut serta hidung ditutup dengan tisu ketika batuk atau bersin dan buang tisu ke tong sampah
- Cuci permukaan objek atau barangan secara berkala.
Anda juga boleh bercakap dengan doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.
Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini