
Sulit
4 tahun
Demam kuning baby baru lahir
hi doc, boleh saya tahu cara terbaik untuk turunkan demam kuning baby yang baru lahir? kesian dekat baby hari2 kena cucuk

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa faktor kekuningan kulit bagi bayi baru lahir terjadi. Antara faktor kekuningan pada bayi baru lahir adalah:
- Fisiologikal
- Kekuningan kerana susu ibu
- Penyakit G6PD
- Ketidaksepadanan Rhesus dalam darah
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anak anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih