
Sulit
3 tahun
Demam, Mata bengkak dan Penglihatan Double Vision
Saya baru start demam semalam, dan hari ni mata jadi bengkak, dan semua benda saya nampak double (double vision) dan macam bayang2. Penglihatan jadi terhad. Boleh saya tahu kenapa?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami kebimbangan anda, kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala anda mengalami tersebut, demam, mata bengkak, double vision, nampak bayang dan penglihatan terhad boleh disebab oleh beberapa perkara, contohnya:
- Jangkitan mata
- Keradangan atau kecederaan kornea (lapisan luar bola mata)
- Tekanan bola mata meningkat
- Keradangan dalam bola mata (uveitis)
Kami menyaran anda merujukkan perkara ini kepada doktor dengan lebih lanjut, menjalani sebarang periksaan serta penyelidikan berkaitan untuk mengetahui punca penyebab gejala anda. Oleh itu, rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Mata untuk melegakan masalah penglihatan dan mata anda.