Sulit
2 tahun
Demam onoff selepas vaksin
Saya seorang remaja, dan mengalami demam onoff , pening hampir 2minggu selepas dos pertama vaksin. Adakah saya perlu berjumpa dengan doktor atau hanya mengambil paracetamol ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana telah bertanya kepada kami.
Berdasarkan kenyataan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang demam yang hilang timbul selepas vaksin dos pertama. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Berdasarkan WHO, efek samping vaksinasi adalah seperti berikut:
- Demam
- Keletihan
- Sakit kepala
- Cirit-birit
- Sakit di sekitar tempat cucuk
Oleh itu, saya mencadangkan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapatkan rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapatkan informasi dan rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini