
Anonymous
5 tahun
Demam panas@panas badan secara tiba-tiba
Morning …saya kak liana umur dalam lingkungan 26 tahun…ada anak masih kecik lg dalam lingkungan 1 minggu 6 hari…kronologi@masalah yang dihadapi saya seperti berikut:
Pada malam 13/7/19.anak saya tiba2 sakit dan badan terasa panas…effect lain semasa terjadi perkara tersebut anak saya juga sering buang angin dan seterusnya terus buang air besar…adakah ini disebabkan permakaian saya atau perkara lain…mohon dr puan/tuan dapat memberi penjelasan kepada masalah yang dihadapi oleh saya

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- jangkitan kuman dan bakteria terutama dalam bayi
- tindakbalas alahan terhadap makanan
Sebaiknya puan membawa bayi puan berjumpa dengan pakar perubatan serta bayi pada usia awal sepatutnya diberi susu badan secara eksklusif kerana ia adalah makanan terbaik untuk bayi yang mampu menccegah jangkitan kuman dan paling sesuai untuk pertumbuhan bayi.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.