
Sulit
3 tahun
Demam panas sakit dada teruk smpai nak pengsan mual
Sya remaja 17 Tahun ambil vaksin dos ke 2 pda hari 30 oct first vaksin sya tidk mrsa apa2 slps tngh mlm pkul 5 sya trbngun sbb mmpi trus dmam pnas slpas bbrpa jam sya sakit dada truk seakan akan mahu mninggl or anything adkh itu bhya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami kebimbangan anda, kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala anda mengalami tersebut, demam, sakit dada boleh disebab oleh kesan sampingan vaksin, namun, sakit dada teruk seakan mahu pengsan mungkinnya bukan akibat vaksin, boleh disebab oleh perkara lain seperti serangan panik, kegelisahan, asma, kesan alahan, jangkitan dan selainnya.
Kesan sampingan umum vaksin Covid termasuk:
- Sakit, bengkak di tempat suntikan
- Demam
- Menggigil (rasa sejuk)
- Sakit otot atau sendi
- Sakit kepala
- Kelesuan
- Batuk dan sakit tekak
- Loya dan muntah
Gejala-gejala ini akan menyembuh secara sendiri dalam jangka masa sekurangnya 1 minggu dan tidak menyebabkan sebarang komplikasi.
Oleh itu, anda perlulah merujukkan perkara ini kepada doktor dengan lanjut, menjalani periksaan serta penyelidikan berkaitan supaya mengetahui punca penyebab gejala anda. Kemudian, dapatkan penjelasan serta rancangan rawatan yang sesuai jika diperlukan.
Anda juga boleh menghubungi jabatan berkaitan CPRC dengan talian 0388810200/+60178429454 atau mendapatkan maklumat lanjut berkenaan perkara ini daripada doktor atas talian kami.
Kami berharap jawapan kami dapat membantu anda. Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Jantung.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini