Sulit
4 tahun
Demam panas selepas vaksin covid19
Saya berumur 33 tahun dan mempunyai masalah kesihatan iaitu mempunyai darah tinggi. Pada 13/6 saya telah divaksin (Sinovac). Selepas 2 hari saya mengalami demam panas. Demam saya bermula 16/6. Saya juga turut mengalami selesema, batuk, dan cirit birit. Adakah saya berpotensi untuk djangkiti covid selepas vaksin? Demam panas saya juga meningkat shingga 38’c. Saya juga hilang deria bau. Saya tidak dapat menghidu bau shampoo yg saya gunakan. Adakah saya demam biasa? Saya sakit dari 16/6 shingga ke hari ini 23/6?
4 tahun
Salam sejahtera & terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami memahami kerisauan anda terkait wabak yang semakin berleluasa, lebih-lebih lagi berkenaan potensi kontak rapat dan gejala positif COVID-19. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, WHO telah menyenaraikan simptom yang lazimnya ditemukan bagi jangkitan COVID-19. Antaranya termasuk:
- Demam (lebih dari 37.5 celcius)
- Batuk
- Keletihan
- Sakit badan
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kehilangan rasa atau bau
- Sesak nafas
Untuk pengetahuan anda, individu yang telah divaksin masih berisiko untuk menjangkiti COVID-19. Namun, berdasarkan simptom sahaja, agak sukar untuk menentukan adakah ianya jangkitan COVID19 atau masalah lain yang boleh menyebabkan gejala yang serupa. Oleh itu, penilaian lebih lanjut hendaklah dilakukan terlebih dahulu.
Selain itu, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini.
Anda perlu menghubungi talian 999 dengan kadar segera atau memaklumkan keadaan anda saat ini kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis (CPRC) atau hospital kerajaan yang terdekat sekiranya mengalami gejala berat seperti demam panas yang berterusan, sesak nafas atau sakit dada.
Anda juga amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih komprehensif.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini
























