Sulit

5 tahun

Demam ringan, tidak batuk selesema, tapi semput

Permulaannya saya agak sibuk dengan kerja dan kerap menahan untuk membuang air kecil sehingga perut terasa senak dan kembung. Setelah itu saya kerap sakit perut dan cepat membuang. Dan tabiat makan saya memang typical malaysian, mesti ada pedas dan kopi adalah wajib.

Saya mengalami demam tapi hanyalah panas badan selama lebih kurang 5 hari. Tapi hanya kerap berlaku waktu malam. Saya hanya makan paracetamol.
Saya tiada batuk dan selesema, cuma bibir dan hidung ada rasa agak panas dan kering, perut cepat memulas dan buang air besar selepas makan… semasa mula mula demam saya merasakan perut terasa panas sampai ke dada…kepala tidak sakit tapi ketat rasa dekat kepala sampai ke telinga. Saya juga kerap berkumur dengan air garam untuk mencegah jangkitan kuman, dan juga mencuci hidung. Saya juga hilang selera makan.

Selepas 5 hari demam hilang, tapi tekak rasa kejang tidak pasti sebab adakah disebabkan saya kerap minum air suam atau sebab berkumur air garam. Selera makan beransur kembali selepas hari keenam. Tapi tekak yang kejang membuatkan saya sukar untuk makan.

Selepas demam hilang saya mula terasa semput. Seakan ada makanan yang tersekat pada kerongkong. Selain itu saya juga kerap sendawa.

Saya bimbang adakah ini simptom covid 19. Saya tiada sejarah perjalanan ke luar negara dan tiada kontak dengan pesakit positif covid19. Tetapi ada rakan sepejabat (suami isteri) yang pernah pergi melancong ke Austria,slovakia,hungary& zech pada 8-15 feb lepas. Mereka nampak sihat dan tiada masalah sehingga sekarang.

Saya pernah menghubungi pihak hospital untuk mendapatkan saringan covid19 tapi tidak dibenarkan untuk melakukan saringan sebab tiada kontak dengan pesakit positif dan tiada sejarah perjalanan ke luar negara.

Saya takut untuk ke klinik kerana bimbang saya sebagai pembawa.
Sekarang saya dalam dilema. Tetapi saya semakin bimbang kesihatan saya.

Dr Ramzdhan,

5 tahun

Salam sejahtera.

Terima kasih untuk soalan anda. Untuk makluman anda, sesak nafas boleh disebabkan oleh:

  • Sel darah merah yang rendah
  • Asma
  • Jangkitan selsema berulang (hal ini kerana terdapat pelbagai jenis virus selesema yang mungkin menjangkiti anak puan dan setiap jenis virus selesema boleh menunjukan gejala yang serupa)
  • Radang tekak (“Pharyngitis” juga boleh disebabkan jangkitan virus seperti adenovirus, enterovirus)
  • Radang tonsil (“Tonsilitis”)
  • Bronkitis akut (boleh disebabkan udara panas, asap dan jangkitan kuman)

Buat masa ini, ujian ini hanya dijalankan kepada mereka yang berisiko tinggi. Maka, untuk mengetahui risiko anda, Anda boleh melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.

Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.

Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.

stroke-causes-punca-stroke

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19

Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini

Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (52)