
Sulit
5 tahun
Demam Sakit Badan Panas Kepala
Saya lelaki 41thn,4ari sbelum ini saya periksa demam di klinik dan diberi ubat demam, antibiotic dan gastrik.
Hari nii saya periksa suhu badan siang bawah 37.4 bila malam 37.7 - 38 serta sakit2 badan dan panas kepala…
Adakah perlu saya ke hospital until pemeriksaan lanjut…?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera,
Saya faham kebimbangan anda tentang risiko jangkitan COVID-19 memandangkan kita sedang mengalami wabak tersebut pada masa ini.
Untuk makluman anda, antibiotik mengambil masa 48 jam untuk berkesan. Jika anda telah mengambilnya dan tiada perubahan anda disarankan untuk melakukan ujian penilaian risiko COVID-19.
Anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini