Sulit
5 tahun
Demam,sakit tekak,sesak nafas dan kerap sendawa
saya lelaki berumur 31 tahun. saya telah demam lebih dari seminggu,sakit tekak dan jarang sekali batuk.saya juga mempunyai masalah sesak nafas dan kerap sendawa sehingga selalu terjaga dari tidur.saya tidak pernah keluar negara sebelum ini dan tidak contact dengan sesiapa yang disyaki positif covid 19. adakah ini simptom covid 19 atau sakit yang lain.TQ
5 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Sekarang kita sedang mengalami wabak coronavirus. Oleh itu, kami memahami kebimbangan anda.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, selian COVID-19 masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Jangkitan kuman dan virus lain
- Asma
- Alahan
- Pneumonia
- Penyakit tibi
- Acute gastroenteritis
Banyak lagi kemungkinana lain bagi gejala yang anda hadapi. Maka, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Bagi menjawab soalan anda mengenai keperluan untuk anda ke hospital bagi melakukan ujian saringan COVID-19, anda boleh melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Semoga jawapan saya dapat sedikit sebanyak membantu anda. Terima kasih.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































