
Sulit
5 tahun
Demam selsema -close contact ahli perhimpunan tabligh
suami saya close contact dengan salah seorang ahli perhimpunan tabligh (29/2/1/3). ahli perhimpuanan tersebut dan suami saya masih sihat tetapi saya mula demam selsema hari ini. adakah saya perlu membuat saringan covid-19? terima kasih

5 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Saya faham tentang kerisauan anda mengenai wabak coronavirus. Oleh itu, kami memahami kebimbangan anda. Memandangkan suami anda tidak sihat dan anda mula mengalami demam, anda boleh melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan suami anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini suami anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini