
mrfakhrullah44
5 tahun
Demam suhu38 dan risiko Covid-19
Assalammualaikum Doctor,
Saya ingin bertanya berkenaan Covid-19.
Dua hari lepas(Ahad), saya ade keluar ker sungai wang dan area Kuala Lumpur. Dan pada malam tersebut saya mula letih dan sakit sendi dan urat. Keesokannya, badan saya mula panas, dan apabila saya check suhu pada petang tersebut, suhu saya adalah 38c°. Tapi simptom batuk dan selsema saya hanya minima(jarang), dan kadang2 rasa kering tekak. saya ambil paracetemol, dan pada hari ini badan saya agak cergas berbanding sebelum itu. Persoalan dia, adakah kes saya ni boleh dikategorikan sebagai simptom Covid-19 atau simptom demam biasa?

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih kerana mengajukan soalan. Gejala batuk, sakit tekak dan demam boleh disebabkan oleh:
- Jangkitan paru-paru
- Radang tonsil
- Jangkitan Tibi
- Asma
- Jangkitan bakteria atau virus
Untuk maklumat anda, anda berisiko untuk dijangkiti jika anda baru pulang dari negara yang teruk terjejas seperti China, Itali, Korea Selatan, Jepun, Iran dan sebagainya atau anda telah berjumpa/ kontak rapat dengan pesakit yang disahkan positif COVID-19.
Persoalannya disini ialah adakah anda telah berjumpa dan berdepan dengan pesakit tersebut atau adakah dia telah batuk atau bersin dan anda telah sentuh permukaan yang terkesan daripadanya.
Buat masa sekarang, jika anda tiada kontak rapat atau anda tidak pulang dari negara yang disebutkan tidak menjadikan anda seorang yang berisiko tinggi untuk dijangkiti lebih-lebih lagi jika anda mengamalkan langkah-langkah pencegahan yang disarankan seperti:
- Mencuci tangan dengan sabun dan air.
- Elakkan daripada menyentuh mata, hidung atau mulut dengan tangan yang tidak dicuci.
- Jauhi daripada orang yang sakit terutamanya yang menunjukkan simptom jangkitan COVID-19
- Elakkan daripada mengunjung kawasan tumpuan ramai orang
- Elakkan daripada memakan daging mentah atau yang tidak dimasak dengan sempurna
- Pastikan mulut serta hidung ditutup dengan tisu ketika batuk atau bersin.
Walaubagaimanapun, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini