Sulit
3 tahun
Demam tetapi tidak sakit
Sy wanita bumur 20an … Sy mengalami gejala hipertiroid… Kemarin sy terlepas mkn ubat tyroid… Smlm subuh badan saya panas wap mulut pun panas … Kaki tangan sejuk dan saluran kencing sy rasa gatal… Dan bulu roma naik sbb sejuk …skjp rasa demam tpi tdk sakit . Skjp sejuk dan berpeluh lps tu rasa demam lgi … Lps tu off… Apa kh itu normal?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang gejala hypertiroid.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, terlebih dahulu saya perlu untuk mengetahui nama ubat yang anda ambil kerana terdapat beberapa jenis ubat untuk pesakit tiroid dan kesan sampingan ubat tersebut adalah berbeza.
Melihat kepada situasi anda, sekiranya anda baru mengambil ubat tersebut, boleh jadi ia adalah kesan sampingan daripada ubat, namun begitu sekiranya hal ini berlarutan beberapa hari, saya syorkan anda untuk berjumpa dengan doktor yang merawat bagi mengetahui keadaan sebenar anda.
Pakar endocrinologist boleh membantu anda menghadapi masalah tiroid .
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.