
Sulit
3 tahun
Demam yang berkahak
Hi, anak saya 1 tahun 3hari. Hari rabu dia dh start demam bagi ubat demam 2.5ml demam still tak kebah. Next day dai berkahak pulak & susah dia nak tidur tapi susu minum. Saya bwak jumpa Dr pakar kanak kanak doc tu bagi ubat utk cairkan kahak & antibiotik. start bagi ubat hari rabu ptg & continue ubat demam sekali. Yang saya tak paham demam dia on off, kahak cair keluar ikut hidung. minum susu & air masak okay. berak cair sikit maybe sbb dia tak makan solid food, dia aktif cuma lemah sikit kalau suhu badan naik tambah kalau time tidur. Saya risau ada jangkitan paru-paru, tapi dia takda muntah muntah & aktif.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Menurut penjelasan anda, anak anda sedang mengalami gejala demam, dan berkahak. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, kanak-kanak sememangnya akan mudah jatuh sakit disebabkan oleh sistem imuniti yang rendah. Ini adalah perkara yang agak normal dan tidak perlu dirisaukan. Antara punca bagi gejala yang anak anda alami adalah seperti berikut :
- Jangkitan saluran pernafasan
- Jangkitan pada telinga
- Demam pasca vaksinasi
Sekiranya gejala demam dan kahak berterusan atau bertambah teruk, sila rujuk kepada doktor supaya rawatan dapat diberikan bagi anak anda.
Anda boleh menghubungi kami supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.