
ihaz8684
5 tahun
Demam yang berpanjangan
Baby saya berusia 6bulan dan mengalami demam dengan suhu sehingga 38.8.saya membalut badan dengan kain basah dan atas dahi keesokannya pulih. Tetapi demam kembali pada malam hari. Cara yang sama saya lakukan dengan menurunkan suhu dengan kain basah sehingga pulih. Demamnya on off berulang sehingga ke hari ini walaupun semalam dan pagi tadi saya sudah berikan paracetamol kepadanya

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, demam bagi bayi yang turun naik boleh disebabkan oleh jangkitan kuman yang mana puncanya perlu dicari. Sekiranya anak anda berhenti minum susu, mempunyai ruam seluruh badan, sawan dan muntah-muntah anda perlu membawanya ke klinik/hospital segera.
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anak anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anak anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.