
sfloon
5 tahun
Deman dan susah nafas
morning, terdapat seorang pekeraja asing(myanmar) di kilang saya, dia deman kuat dan susah nafas, ada ke dia dijangkit covid 19

5 tahun
Salam sejahtera.
Saya memahami tentang kebimbangan anda tentang risiko jangkitan COVID19 terhadap pekerja warga asing Myanmar di kilang anda bekerja. Berdasarkan simptom demam dan kesukaran bernafas, pekerja tersebut digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatannya berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini pekerja tersebut akan dikelaskan kepada beberapa kategori seperti berikut:
Risiko sederhana rendah: Dia perlu menjalani kuarantin kendiri sekurang-kurangnya 14 hari. Dia juga perlu untuk memantau perkembangan kesihatan badan anda seperti suhu badan dan mengawasi sebarang simptom COVID-19 seperti batuk, kesukaran bernafas dan demam.
Risiko sederhana : Dia digalakkan untuk pergi ke hospital ataupun klinik bedekatan untuk melakukan pemeriksaan khas bagi COVID-19.
Risiko tinggi: Dia perlu untuk pergi ke fasiliti kesihatan dengan kadar segera. Sekiranya didapati positif COVID-19, dia akan dirujuk kepada hospital khas dan mendapatkan rawatan lanjut. Anda juga akan dikuarantin di fasilit kesihatan tersebut untuk tujuan pemantauan.
Selain daripada jangkitan COVID-19, gejala ini juga boleh disebabkan oleh masalah kesihatan seperti berikut:
- Jangkitan bakteria / virus
- Demam denggi
- Allergic Rhinitis
- Keradangan
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM yang tersedia pada link ini (COVID-19 Portal) Anda boleh bercakap terus dengan doktor KKM secara percuma bagi masalah virus ini.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini