
Sulit
4 tahun
Dementia atau Alzheimer?
Salam sejahtera Doktor,
Ibu saya berumur sekitar 74 tahun, mempunyai penyakit Diabetes & Darah Tinggi. Kehidupan harian sejak beberapa tahun kurang aktif.
Dalam 2-3 tahun kebelakangan, mula mengalami perubahan emosi, cepat marah, menuduh bapa yang bukan-bukan, dan sehingga meminta cerai tanpa sebab yang logik. Kalakuan memburuk-burukkan bapa masih berterusan sehingga lebih setahun.
Adakah ini tanda-tanda Dementia atau Alzheimer?
Saya dahulukan ucapan Terima kasih diatas jawapan Doktor,
Terima kasih,
faizxl

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami turut bersimpati dan mengambil serius dengan keadaan yang dialami oleh anda sekeluarga. Walau bagaimanapun berikut adalah gambaran awal yang boleh kami sampaikan kepada keluarga anda.
Umumnya, Alzheimer dan Demensia merupakan dua istilah yang merujuk kepada kondisi kesihatan mental yang berbeza. Penyakit Alzheimer adalah sejenis penyakit khususnya terkait dengan penuaan sel otak. Manakala Demensia (atau lebih dikenali di masyarakat umum sebagai ‘nyanyuk’) adalah gangguan mental yang lebih luas, terkait dengan kehilangan fungsi berfikir, mengingat dan penurunan fungsi kognitif yang lain - lazimnya dipengaruhi oleh faktor umur dan kondisi kesihatan yang lain.
60% pesakit Alzheimer turut di diagnosa mempunyai Demensia. Namun Demensia juga boleh disebabkan oleh penyakit parkinson, jangkitan HIV dan beberapa penyakit lain.
Untuk mengetahui apakah ibu anda mengalami antara dua penyakit tersebut, pemeriksaan yang lebih khusus amat diperlukan terlebih dahulu.
Untuk sementara waktu, kami nasihatkan anda sekeluarga untuk:
- cerita keadaan sebenar bersama ahli keluarga yang tercinta sebagai sokongan emosi bersama,
- jauhi ibu dari faktor yang memicu stres / tekanan / kesedihan
- jauhi aktiviti yang boleh memudharatkan kesihatan & keselamatan si ibu
- pastikan ibu mendapat rehat / tidur yang secukupnya
- percepatkan langkah untuk mendapat bantuan khusus dari tenaga kesihatan atau doktor pakar
Dapatkan rehat yang diperlukan dengan tidur yang berkualiti.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.