nila65
4 tahun
Dengar bunyi sesuatu di dalam telinga
Saya umur 16 tahun…kadang2 dgr pastu tak dgr…mula2 ingatkn ada sesuatu dlm telinga.bunyi mcm ada pop yg lembut bunyinya.tapi tak rasa ada benda bergerak dan tak rasa sakit
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala dalam telinga yang anda alami boleh disebabkan:
- Jangkitan dalam telinga
- Bengkak gegendang telinga
- Kemasukan serangga
- Gumpalan tahi telinga
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.