
kunimitsu_saffia97
2 tahun
Denyutan Nadi Rendah
Saya wanita 22 tahun, mempunyai denyutan nadi 50 bpm. Namun, saya melakukan morning/evening walk setiap hari sebanyak 4-6km bawah satu jam sudah dalam 4 bulan dan juga ditambah dengan bermain badminton baru-baru ni. Adakah ini normal?

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Individu yang sihat jantungnya adalah mereka yang mengamalkan gaya hidup sihat dan sangat aktif dalam melakukan aktiviti fizikal dalam kehidupan seharian. Sebagai contoh, kadar nadi rehat bagi seorang atlet yang betul-betul cergas dan mempunyai jantung yang sihat akan menunjukkan bacaan sekitar 30 – 40 denyutan seminit. Dengan kata lain, semakin sihat jantung kita semakin rendah kadar nadi rehat kita.
Namun jika individu tidak mengamalkan akticiti fizikal, ia menunjukkan ada masalah kesihatan yang memerlukan pemeriksaan dan rawatan lanjut.
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Terima kasih.