
Sulit
5 tahun
Denyutan tubuh badan dan sakit kepala denyut denyut
hi dr umur saya 23 sejak tiga hari tubuh badan saya berdenyut denyut dan juga sakit kepala denyut denyut adakah ia tanda badan saya berangin banyak

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Malangnya, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Banyak lagi soalan yang perlu ditanyakan bagi saya memahami masalah denyutan tubuh badan anda.
Untuk masalah sakit kepala, ianya adalah masalah yang lazimberlaku dan bukanlah satu penyakit yang serius. Akan tetapi, sekiranya anda mengalami gejala seperti yang di bawah anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan pemeriksaan selanjutnya. Antaranya:
Sakit kepala yang terlalu kuat dan tiba-tiba
Pandangan kabur
Pitam
Sawan
Muntah pada waktu pagi
Hilang berat badan mendadak
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.