
Sulit
5 tahun
Depression, anxiety dan stress
Saya wanita berumur 20an dan telah berkahwin setahun yg lalu. Sejak dari zaman sekolah, saya mengalami kesukaran untuk tidur malam dan sentiasa berfikiran negatif. Bila tidur hanya dalam 2/3jam sahaja. Selalu rasa berdebar, otak sentiasa berfikir yg bukan2. Mengantuk tapi tak dpt tidur. Semenjak saya kahwin, saya mula membaca artikel tentang penyakit depression, anxiety dan stress nii. Saya baca pengalaman dari orang2 yg mengalami sakit ini dan sy merasakan tanda2 yg mereka alami sama seperti yg saya alami. Dan juga semenjak kahwin ni saya merasakan lebih teruk, saya tak dpt nak brfikir secara positif dalam 100% fikiran positif saya cuma ada 1%. Bila nak tidur malam, saya akan befikiran saya tidak akan bangun esok pagi atau bahasa kasarnya takut mati. Saya juga takut nak berhadapan dgn orang asing, pernah sekali saya nak ke klinik tapi sepanjang perjalanan nak ke klinik sy alami gelisah yg amat smpai rasa nak muntah kerana takut. Takut org sekeliling akan mengata pasal diri saya. Kadang2 saya rasa, sy mcm tak guna hidup. Ada trfikir nak bunuh diri tapi saya takut mati dan jika saya terlalu stress dlm fikiran boleh pula muncul nak bunuh org sy betul2 buntu doktor, saya tak tahu nak buat apa saya malu nak rujuk doktor di hospital sy risau mereka tak percaya apa yg saya alami, saya risau mereka akan marah saya sbb saya ni jenis susah nak bercakap bila dah gelisah. Doktor adakah tanda2 yg saya alami ini adalah tanda penyakit depression, anxiety dan stress.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, terdapatlah kemungkinan anda mempunyai penyakit kemurungan atau gubrah. Anda tidak perlu berasa malu dengan gejala anda kerana masalah psikiatri ini telah diberi kepentingan dalam dunia perubatan sekarang. Terdapatlah klinik psikiatri dalam setiap hospital, doktor-doktor akan memahami kesukaran anda dan memberi nasihat atau rawatan yang paling sesuai.
Kesulitan anda akan dijaga di hospital dan anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut sebelum anda mencederakan diri sendiri. Jika anda berasa gelisah untuk dalam klinik, anda boleh cuba klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian untuk mendapatkan nasihat di mana-mana tempat yang anda rasa selesa. Privasi anda akan dijaga dengan teliti.