
Sulit
4 tahun
Depression atau anxiety
Saya lelaki berumur 19 tahun, saya sering mengalami masalah komunikasi dengan orang dan kuat overthinking. Kadang kadang apabila saya melakukan kerja, saya akan bergetar dan berpeluh serta jantung berdegup kencang.saya juga sering susah fokus. Apakah penyakit saya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
jangkitan kuman
masalah hormon tiroid
minum minuman berkafein seperti kopi
masalah kebimbangan
serangan jantung
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.