
Sulit
4 tahun
Depression. Bagaimana nak atasi ‘numb’ feeling? Lesu, blank and lost interested with everything
Setiap malam kalau terlelap sblum pukul 12 malam, mulalah rasa sesak nafas and rasa macam ‘nak gila’. Everyday blank mood and repeated routines make me numb with live. Setiap hari berharapkan mati. How to survive this shitty feeling?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh beberapa perkara, seperti:
- Stres berlebihan
- Kurang rehat
- Kegelisahan ( anxiety )
- Trauma masa lampau
- gangguan/serangan panik
Untuk mencegah masalah anda, anda disarankan untuk menjauhkan diri daripada punca stres sementara dan menjalankan aktiviti yang anda dapat menenangkan diri sendiri. Anda juga boleh berkongsi masalah anda dengan individu yang anda percayai kerana sokongan amatlah penting dalam gejala ini.
Selain itu, anda juga dinasihati untuk bersukan dengan lebih kerap supaya hormon endorphin akan bertambah yang boleh menggembirakan anda. Sekiranya anda perlu meluahkan diri sendiri, anda boleh menghubungi kepada pihak organisasi kesihatan mental untuk mengatasi fikiran ingin mati. Kami sarankan anda mendapatkan sokongan dan nasihat daripada pihak kounseling bagi mendapatkan solusi yang terbaik mengenai masalah emosi anda dengan lebih terkawal dan berhasil.
Untuk sementara waktu, kami nasihatkan anda untuk:
- cerita keadaan sebenar dengan ahli keluarga yang tercinta atau kawan rapat
- jauhi dari faktor yang memicu stres / tekanan / kesedihan
- jauhi aktiviti yang boleh memudharatkan kesihatan & keselamatan diri
- mendapat rehat / tidur yang secukupnya
- jauhi makan makanan yang pedas atau yang memperburkkan lagi cirit birit
- minum air secukupnya untuk mengelakkan dehidrasi
- percepatkan langkah untuk mendapat bantuan khusus dari tenaga kesihatan
Oleh itu, anda boleh mendapatkan khidmat pakar psikiatri bagi mendapatkan diagnosis serta rawatan yang bersesuaian atau klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian untuk mendapatkan nasihat selanjutnya. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.