
Sulit
4 tahun
Depression teruk atau tidak
Assalam dr. Saya nak tanya, adakah saya mempunyai depression yang teruk? Brdasarkan keputusan ujian dass saya, sangat teruk. Saya kerap gelak n menangis tanpa sebab . Saya susah utk meluahkan perasaan saya bila kawan suruh meluah, saya tak dapat nak luahkan melalui kata-kata apa yang saya pendam. Saya jenis suka pendam sorang ². Saya juga pernah menghantuk kepala saya dll. Saya mempunyai keinginan mencederakan diri/orang lain. Saya juga mengalami masalah tidur iaitu imsonia dan kekadang saya jadi hyperimsonia bergantung pda sesuatu waktu dan stiap hari. Saya risau keadaan saya apabila marah n sedih, saya takut saya akan bertindak diluar kawalan saya… Apabila saya berasa ingin bertindak secara tidak waras, saya cuba kawal diri saya dan kurung diri didalam bilik agar tidak melukai orang lain. Dan saya lebih cenderung kpd mencederakan diri sndiri. Saya mengalami masalah ini ketika saya f2 hingga saya f5 skrg. Saya risau jikalau keadaan saya semakin teruk. Sometimes, saya normal… Sometimes, saya mcm org xnormal. Saya harap dr jawab pertanyaan saya. Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, simtom-simtom yang anda nyatakan ini boleh merujuk kepada pelbagai jenis masalah psikiatri. Kami memerlukan maklumat lanjut tentang simtom-simtom yang anda hadapi bagi mendapatkan diagnosis yang lebih tepat. Oleh itu, kami menyarankan anda untuk mendapatkan rawatan lanjut daripada pakar psikiatri kerana mereka lebih mengetahui rawatan kepada masalah yang anda hadapi.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.