Sulit
4 tahun
Detect hamil kembar selepas kandungan 6 minggu
salam hai doktor,saya ingin tanya satu soalan.sewaktu scan 6 minggu kandungan sy doc dpt detect 1 lagi kantung tp masih kecil.adakah itu normal bg yg mengandung kembar?adakah bile hamil kembar 1 lagi kntung akan membesar secara lmbat berbanding kantung pertama?
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Kehamilan kembar pada awal usia kandungan amat sukar untuk dinilai tumbesaran mereka kerana ujian ultrasound yang dilakukan tidak cukup sensitif untuk mengukur saiz kandungan. Pada amnya, kehamilan kembar akan membesar dengan serupa dan tidak jauh dari segi sazi dan berat. Namun jika terdapat masalah dari ibu atau kandungan, maka saiz dan berat kehamilan kembar boleh terjejas. Perkara ini selalunya hanya boleh dinilai apabila umur kandungan cukup matang sedikit iaitu sekitar pada usia minggu 18-21 dan seterusnya. Sekiranya perkara ini merunsingkan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.