
fificonnor88888
5 tahun
Diabetis gestiational
hi, sy berumur 28tahun sedang mengandung ank kedua. sy ada sejarah pre diabetis ketika mengandung ank pertama di kesan pada 1 hari sebelum due date melahirkan ank pertama sy(39week 6days) .
ketika sy mendaftar antenatal, doktor bidan membeli cadangan untuk membuat OGTT pada 11 minggu dan keputusan ialah 4.3mmol ketika berpuasa, dan selepas minum air gula keputusan ialah 7.8mmol. berat badan sy ialah 44kg sahaja.
persoalan sy dsni:
- adakah saya perlu menjaga rutin pemakanan sy dengan ketat walaupun. berat bdn sy tidak sesuai?
- sy mengalami morning sickness yg ringan tetapi cirit birit disebabkan perubahan pola mknn sy apa bila sy memperbanyakkn pengambilan bijirin pada menu harian.
- apa perlu saya laku kan? sy dilemma mencari menu yg sesuai pada masa yg sma, sy risaukan kandungan sy bermasalah

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, apa yang harus anda lakukan adalah menyesuaikan diet anda dengan kehamilan dan diabetes. Berat badan ibu hamil seharusnya bertambah seiring dengan pertambahan usia kandungan.
Sebetulnya morning sickness bukanlah terjadi disebabkan apa yang anda makan. Akan tetapi ia terjadi akibat peningkatan hormon-hormon kehamilan. Sebetulnya, sekiranya anda cirit-birit akibat pengambilan bijirin dikhuatiri anda intoleran terhadap makanan tersebut. Justeru, sebaiknya bincangkan masalah ini dengan doktor anda dan dapatkan rujukan untuk ke doktor internist serta gantikan sumber pemakanan anda kepada jenis makanan lain.
Hal ini membawa kepada persoalan ketiga yang mana sebaiknya anda mendapatkan diagnosis yang pasti tentang diabetes gestasional dan intoleran anda sebelum mendapat rujukan ke pakar nutrisi (nutritionist) untuk berbincang tentang masalah anda dan dicadangkan diet atau pemakanan yang sesuai.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.