
Sulit
2 tahun
Diarrhoea on off 4 hari tapi tak muntah
Saya wanita dlm 20’. Saya mengalami masalah cirit birit. Sudah 4 hari dan hari ini palig teruk. Cirit birit saya on off tp paling teruk sewaktu tidur dari jam 3 pagi - 11 pagi. Saya berasa mual tetapi tidak muntah. Saya juga merasa dehydrated dan menggigil. Apakah masalah saya skg? Sekiranya saya ke hospital swasta, adakah saya akan ditahan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Keracunan makanan
- Jangkitan virus seperti rotavirus
- Kesan sampingan ubat-ubatan
- Alahan kepada makanan
- Radang usus
Memandangkan anda telah mengalami masalah ini selama 4 hari dan anda merasakan badan anda sudah kekurangan air, kami menyarankan anda untuk mendapatkan rawatan secepat mungkin. Kebiasaannya, hospital akan menahan anda diwad sekiranya mereka mendapati anda memiliki suhu yang tinggi, cirit-birit berdarah dan benar-benar kekurangan air. Walaubagamanapun, adalah amat penting bagi anda untuk mendapatkan rawatan lanjut sebelum hal ini memudaratkan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera bagi mengelakkan komplikasi penyakit diatas. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.