
Sulit
5 tahun
Didatangi fikiran negatif
Hai doktor… Saya kerap didatangi fikiran saya sendiri untuk buat perkara yg negatif… Fikiran negatif ni datang pada waktu saya marah atau stress… Fikiran negatif pernah mendorong saya untuk bunuh diri… Fikiran ni bercakap dengan saya sendiri untuk melakukan perkara negatif… Saya selalu bercakap sorang sorang dengan fikiran negatif saya… Untuk tolak apa yg fikiran negatif tu suruh buat… Contoh nya…fikiran negatif tu suruh cederakan diri sendiri. (bunuh diri, bunuh anak saya yg masih baby, bunuh suami saya). Tapi saya akan jerit tak nak… Saya pernah tikam paha suami saya dengan gunting sampai berdarah sebab terpengaruh dengan fikiran negatif tu… Kejadian ni berlaku bulan 12 tahun lepas… Disebabkan terlalu marah sangat dekat suami… Saya tikam paha dia… Bila saya nampak darah…saya terus lari dan bersembunyi dalam bilik dgn bergelap dan badan saya menggigil. Sampai sekarang kalau saya dalam keadaan stress atau marah… Fikiran negatif akan datang menganggu. Saya akan berkurung dalam bilik dengan bergelap dan badan saya menggigil bercakap dengan fikiran negatif tu… Saya memang sejenis yang cepat marah dari sebelum kahwin… Cuma selepas berkahwin dalam 6bulan kebelakangan ni fikiran negatif tu datang time saya stress dan marah.
Adakah ini masalah mental dan bagaimana untuk saya dapatkan rawatan doktor? Saya rasa tersiksa sangat bila fikiran negatif tu datang menyuruh saya buat perkara2 negatif yang bahaya…
Saya harap doktor faham apa yamg saya cuba sampaikan…maaf ayat saya agak berterabur…
Terima kasih

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah fikiran negatif ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Kemurungan (depression)
- Masalah menyesuaikan diri dengan situasi baru (adjustment disorder)
- Schizofrenia
- Masalah Bipolar
- Kurang darah (anemia)
- Masalah thyroid (hypothyroidism)
Anda amatlah digalakkan agar:
- Berkongsi masalah ini bersama orang terdekat
- Berjumpa dengan pakar psikiatri
Kami memerlukan maklumat lanjut tentang simptom-simptom yang anda hadapi bagi mendapatkan diagnosis yang lebih tepat. Oleh itu, kami menyarankan anda untuk mendapatkan rawatan lanjut daripada pakar psikiatri kerana mereka lebih mengetahui rawatan kepada masalah yang anda hadapi.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.