
Sulit
4 tahun
Diet untuk ibu hamil pembawa hepatitis B
Apakah diet atau makanan untuk ibu hamil yang mempunyai Hepatitis B. Adakah jenis makanan yang tidak boleh dimakan ketika hamilyang boleh memudaratkan kendungan dan ibu?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, penghidap hepatitis B tidak memerlukan diet yang berbeza daripada orang lain. Anda perlu mengikuti diet untuk ibu hamil sahaja dan memastikan anda mempunyai diet yang seimbang dan sihat.
Anda perlu kurang manis dan makanan yang kaya dengan gula bagi mengelakkan kencing manis semasa hamil. Pemakanan suku suku separuh ialah pemakanan sihat. Anda digalakkan untuk mengambil asid folik dalam tempoh trimester pertama. Antara diet yang berkhasiat merangkumi kriteria ini:
- Mengambil karbohidrat kompleks (bijirin, kekacang, peas, sayur-sayuran, dan makanan berkanji)
- Mengambil makanan yang kaya serat (buah-buahan, sayur-sayuran, legum, roti gandum tulen, dan lain-lain).
- Mengambil makanan yang kaya serat (buah-buahan, sayur-sayuran, legum, roti gandum tulen, dan lain-lain).
- Memastikan diet yang rendah lemak, terutama lemak tepu (mentega, daging berlemak, krim dan lain-lain). Pilihlah hirisan nipis daging dan ayam tanpa kulit.
- Elakkan makanan yang bergoreng.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.