
nurdeedee
5 tahun
Different company but use same lif
patut tak buat check if staff dr company lain positive covid 19 and we are sharing same lift

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Sekarang kita sedang mengalami wabak coronavirus. Oleh itu, kami memahami kebimbangan anda.
Keperluan untuk membuat ujian saringan serta ujian COVID-19 bergantung kepada risiko seseorang individu. Oleh yang demikian, anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya. Langkah ini diambil bagi mengurangkan kesesakan hospital serta mengelakkan anda keluar dari rumah tanpa sebab yang kukuh.
Dikesempatan ini juga saya ingin mengingatkan anda untuk mengikut arahan pihak berkuasa. Tinggal dalam rumah serta hanya keluar sekiranya ada urusan yang penting sahaja. Dengan kerjasama semua pihak, diharap wabak ini dapat dicegah sebelum ianya menjadi semakin parah.
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini