
Sulit
5 tahun
Disahkan keguguran ketika usia kandungan 15 minggu
Saya telah di sahkan keguguran pada usia kandungan 15 minggu. Doctor pakar telah scan melalui vagina dan mengatakan kantung semakin mengecut dan janin adalah sangat kecil berbanding usia kandungan sebenar. Jadi saya perlu buat D&c dua minggu lagi. Kini , saya kerap rasa sakit pada pinggang dan atas rahim. Adakah ini simptom janin akan keluar??? Tetapi saya tidak ada pendarahan.

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah sakit pinggang dan atas rahim boleh disebabkan oleh:
- Masalah pada kandungan (keguguran dan sebagainya)
- Batu pada saluran kencing atau buah pinggang
- Jangkitan pada saluran kencing
Antara gejala keguguran ialah:
- Pendarahan
- Sakit atau kejang perut
- Sakit pada pinggang dan punggung
- Tiada gerakan janin
- Keluar gumpalan darah
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.