
hanemshahari
3 tahun
Discharged from Covid 19 stage 4a
sy baru discharge Dr MAEPS Serdang on 15/8… CRP 12 Masa discharge & adk saya cakap still tinggi. Ape yamg boleh sy lakukan untuk rendahkan CRP sy jadi normal seperti orang normal -6?
sy krg sel drh merah 10.6 >10.3
Bdn sy rasa lemah. Apakah supplement yang sesuai untuk saya ambil?
Sy mengambil sangobion x2 biji sehari,centrum multivitamin 1x1biji,vit c 1000mg 1x1biji,black seed oil 1x2biji
Habbatus sauda 500g…saya ingin ambil fish oil adakah sesuai untuk saya?berapa dosage yang saya perlukn
Adakah terdapat sebarang supplement yg Dr boleh rekomen untuk paru2 saya selepas saya dilanda COVID-19?Sy takut & trauma untuk keluar rumah.kadang2 saya tidak boleh tidur Malam sebab fobia.
Tolongla saya Dr

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, CRP tinggi biasanya terjadi masa jangkitan, ia adalah tanda reaksi imun badan seperti demam dan radang. CRP ini akan turun jadi normal setelah anda pulih dari jangkitan.
Selain itu, darah merah anda memang rendah sekali, biasanya ia melebihi 12 untuk wanita dan 14 untuk lelaki. Darah merah rendah akan menyebabkan badan anda lemah dan kelesuan. Pengambilan sangobion dan multivitamin dapat bantu badan anda hasilkan darah merah. Anda juga boleh makan lebih banyak sayur-sayuran berdaun hijau yang kaya dengan zat besi.
Tambahan pula, anda boleh ambil supplement anda minati mengikut arahan yang diberikan atas kotak atau farmasi. Namun, ambil terlalu banyak supplement adalah tekanan kepada badan, dan sukar penyerapannya. Anda perlu ambil masa untuk badan anda rehat dan sembuh.
Untuk maklumat lanjut dan soalan lain, anda boleh merujuk kepada doktor anda atau menghubungi talian CPRC di 0388810200/+60178429454.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini