
Sulit
3 tahun
Ditendang dan ditumbuk di kepala
Saya telah ditendang sekali dihadapan kepala dan ditumbuk di kepala beberapa kali kelmarin . semalam saya tiba tiba rasa sakit di belakang kepala.rasa berdenyut.
Seingat saya, saya hanya ditendang dan ditumbuk di hadapan kepala. Hari ini saya mula merasa sakit kepala. kepala saya benjol dan lebam terutama di kawasan yg sama saya ditendang dan ditumbuk.Di kawasan lain saya megalami benjolan ditempat. Saya ingin risau adakah berlaku gegaran atau kecederaan dalam kepala. untuk pengetahuan doktor, saya sudah ke klinik dan diberikan ubat bengkak dan tahan sakit. Doktor juga menasihati saya untuk dapatkan rawatan di hospital jika ingin buat repot polis.

3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan anda.
Berdasarkan penerangan anda, kami memahami anda mempunyai kecederaan pada bahagian kepala. Kini anda risau kerana mengalami kebenjolan dan sakit kepala. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala yang anda alami adalah sesuatu perkara yang biasa dilihat dengan kecederaan pada bahagian kepala. Kecederaan yang anda alami akan mengambil beberapa masa untuk pulih. Kami menasihatkan anda untuk mengambil ubat seperti yang dinasihatkan oleh doktor anda.
Jika gejala sakit kepala anda bertambah teruk dan kebenjolan semakin membesar serta diikuti simptom-simptom lain seperti berikut, sila rujuk kepada hospital dengan kadar segera kerana ia boleh menandakan kecederaan kepala yang lebih serius.
- Penglihatan kabur
- Kesukaran dalam memberikan konsentrasi dan perubahan pada memori
- Kehilangan deria rasa
- Masalah keseimbangan badan
- Pengsan
- Perubahan pada pertuturan
- Pening dan muntah yang berpanjangan
- Keluaran cecair jernih daripada hidung atau telinga
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Jika anda mempunyai pertanyaan lanjut, anda boleh menghubungi doktor kami secara atas talian.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.