
Anonymous
5 tahun
Doktor bagaimana kh ini?
Doktor nak tanya, kekasih saya berumur 19 tahun. Kmi telah melakukan hubungan intim memakai kondom. Akibat ketidak yakinan kekasih saya, kami telah menunggu bila period dia dtg, pada mula nya haid dia sblum tu 1-2 hari bulan pada buln pertama Dan period ke 2 pd tanggal 29 semasa bulan puasa dn buln tersebut juga mengalami period pd buln yg sama sblum abis puasa. Kmi melakukan intim hari ke 12 slpas period dan menggunakan kondom. Kemudian kmi melakukan cek negatif. Selepas itu, haid seterus nya tangal 28. Dia tidak terlepas dari haid juga. Akn tetapi dia sering sakit perut. Dia tidak ada rsa mual², atau gejala lain utk wanita mngandung cuma sakit perut, kdng dia sakit kpala. Kmi melakukan ujian urine skali lagi dn negatif. Akn tetapi perut nya smakin besar sikit. Saya selalu mmbwa dia keluar berjalan makan selang 1 hari. Cth hari nie jaln, lusa jalan lagi stiap minggu selang 1 hari. Ttapi doktor, apa yg merisau kan perut dia smakin besar sedikit dan tiada juga tanda² mengandung, muntah tiada cuma pening, sering sakit perut slpas makan nasi sblum nie dn skrg dh okey. Adakah dia ini mengandung atau tidak atau perubahan berat? Dan masih menunggu period yg seterusnya pd buln ini

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejal sakit perut teman wanita anda mungkin disebabkan oleh:
- Kehamilan normal - ujian air kencing mungkin tidak sensitif unutk mengesannya
- Kehamilan ektopi (luar rahim)
- Fibroid - ketumbuhan dalam rahim
- Endometriosis
- Ksta (cyst) ovari
- Sembelit
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Teman wanita anda boleh berjumpa dengan doktor bagi pemeriksaan lanjut. Anda dan juga teman wanita anda disarankan unutk tidak mengambil tindakan sendiri kerana ia mungkin membahayakan kesihatan teman wanita anda. Sekian.