
Sulit
4 tahun
Dos Vitamin C yang dibenarkan untuk wanita hamil
Hi Doctor,
Saya hamil 7 minggu.
Saya nak tahu berapa dos VIT C sebenar yang dibolehkan untuk wanita hamil makan?
Saya berkira kira untuk membeli VIT C seperti BEROCCA sebagai VIT tambahan harian.
Mohon pencerahan.
Terima Kasih Doctor.

4 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, semasa hamil antara vitamin dan mineral yang diperlukan ialah folic acid, vitamin B, calcium dan banyak lagi. Untuk vitamin C, dos yang dicadangkan untuk diambil ialah sekurang-kurangnya 60mg sehari.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.