
Sulit
3 tahun
Dose kedua vaksin untuk ibu hamil
Saya telah menerima vaksin pfizer dose pertama pada usia kandungan 31 minggu 1 hari. Dan saya juga telah menerima tarikh untuk suntikan vaksin dose kedua pada usia kandungan saya 34 minggu 2 hari. Jadi soalan saya, bolehkah saya menerima vaksin dose kedua tersebut? Mengikut data yg dikeluarkan KKM, pengambilan vaksin untuk ibu hamil sesuai pada 14- 33 minggu sahaja. Boleh doktor bantu saya?

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana meghubungi kami
Berdasarkan kenyataan anda, anda ingin mengetahui terkait penerimaan vaksin Pfizer dan kehamilan. Kami akan cuba menjelaskan kepada anda.
Menurut KKM dan JKJAV, vaksin Pfizer adalah sesuai untuk diambil oleh wanita hamil pada tempoh antara 14-33 minggu usia kehamilan atau ditangguhkan selepas melahirkan anak.
Oleh itu, anda disarankan untuk melapor ke hospital atau hubungi talian khidmat JKJAV untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan kondisi anda dan seterusnya memohon agar dos kedua ditangguhkan sehingga bersalin atau waktu yang lebih sesuai.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini