
Sulit
3 tahun
Double vision, sakit kepala sebelah kiri, darah beku di Mata Kiri Dan muka kiri Rasa semut-semut Dan kebas
Saya wanita berumur 35 tahun Dan menghidap darah tinggi dan severe anxiety. Berapa hari lepas saya telah dipukul dengan kuat di sebelah kanan wajah saya menyebabkan penglihatan saya kabur (double vision), sakit berdenyut di kepala kiri, bengkak dan lebam di mata kiri, darah beku di sudut luar mata kiri. Separuh muka saya (Kiri) masih terasa kebas atau semut-semut dan semua yang di sebut di atas walaupun selepas 2 hari kejadian itu berlaku. Untuk pengetahuan doktor juga, kejadian seperti ini pernah berlaku berapa kali sebelum ini dan ini pertama kali muka saya rasa kebas. Adakah saya perlu segera mendapatkan rawatan di klinik berhampiran ataupun rawatan di rumah sudah mencukupi. Mohon nasihat doktor.

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami turut bersimpati dan memahami berkenaan kondisi anda berkait peristiwa yang berlaku tempoh hari. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk pengetahuan anda gejala gangguan penglihatan, sakit kepala berdenyut, mata bengkak dan kebas setelah berlakunya trauma fizikal atau kecederan luaran, boleh menyebabkan komplikasi yang serius serta memerlukan rawatan segera.
Oleh itu, kami menyarankan anda untuk merujuk ke klinik atau hospital yang berdekatan dengan kadar segera, agar pemeriksaan dan bantuan selanjutnya dapat diberikan.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.