
Sulit
4 tahun
(Dr nur shuhada binti zulkifli) berkaitan nyeri bawah tulang belakang
dokter lebam kat (SULBI) tu dah lama dah tak sembuh sembuh drpd awal thun bulan 1/2, lagi keluhan saya ialah adakah saraf tulang belakang berkaitan dngan perut sebab saya dah lama rasa sakit/nyeri perut sejak sebelum puasa lagi MOHON PENJELASAN DOKTER

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, saraf tulang belakang merupakan ‘akar tunjang’ yang mengeluarkan ‘akar-akar’ saraf yang lain. Oleh itu, memang jawapannya , ya, saraf tulang belakang berkaitan dengan perut. Sekiranya tercedera semasa kejadian anda jatuh, anda akan mengalami masalah yang lebih serius berbanding sakit gastritis. Sakit perut akibat gastritis memang boleh datang kembali sekiranya punca anda mengalami gastritis tidak dibendung. Anda mungkin sering berlapar, terlalu banyak makan pedas, terlalu stress dan sebagainya. Untuk masalah lebam yang anda nyatakan, anda disarankan untuk merujuk kepada doktor berdekatan untuk mengesahkan adakah ianya memang lebam atau bukan kerana anda sudah mengalaminya semenjak awal tahun.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.