
Sulit
4 tahun
Dtg bulan 2 hari saja ..tarikh dtg bulan 28 hb 9 2020
Kerap buang air kencing,sembelit,

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami.
Kami bersimpati dengan keluhan yang anda alami. Berdasarkan informasi yang anda berikan, kami memerlukan penerangan lebih lanjut daripada anda untuk membuat sebarang kesimpulan. Untuk pengetahuan anda, haid yang sedikit dapat disebabkan oleh beberapa sebab antaranya ialah:
- usia
- gangguan ovulasi
- penurunan berat badan
- stres
- gangguan kesihatan lain (PCOS, gangguan tiroid)
Gejala haid yang sedikit dapat dikenal pasti sekiranya darah haid anda:
- keluar lebih sedikit daripada kebiasaannya
- memerlukan pad yang lebih sedikit daripada kebiasaannya
- keluar dengan jumlah yang sedikit selama 1-2 hari secara konsisten
- keluar dalam bentuk bercak darah sahaja
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa.
Haid yang sedikit secara umumnya tidak merbahaya. Namun begitu, kami mengesyorkan anda untuk berjumpa dengan doktor sekiranya anda mengalami gejala seperti haid yang sedikit dengan kerap, tidak datang bulan dalam jangka waktu yang lama atau rasa sakit pada kawasan pelvik.
Anda masih risau tentang haid yang sedikit ? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Selain itu, bagi keluhan buang air kecil yang kerap mungkin boleh disebabkan oleh beberapa faktor seperti kebersihan alat kelamin, minum air yang banyak atau masalah kesihatan lain yang memerlukan persoalan yang lebih banyak lagi. Di samping itu, gejala sembelit yang anda dialami dapat dikurangkan dengan cara seperti berikut:
- lebihkan serat dalam diet (sayur-sayuran)
- meningkatkan aktiviti fizikal
- minum banyak air
- mengelakkan dari menahan membuang air besar
Jika anda mempunyai keraguan, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih