
Sulit
4 tahun
Dubur akan pedih ketika ingin datang haid
Salam dokter, sy ingin bertanya, umur sy 25tahun, soalan sy , setiap kali sy ingin datang haid sminggu sblum mesti dubur sy akan terase pedih untuk mmbuang

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah dubur pedih ketika ingin datang haid boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Proctalgia-sakit disebabkan oleh kekejangan otot di lantai pelvis
- Endometriosis di bahagian belakang dubur- ini merupakan ketumbuhan lapisan dalm rahim yang digelar endometrium di tempat lain. Lapisan ini akan menghasilkan darah mengikut kitaran hormon. Oleh itu, semasa ingin datang haid. ia mungkin akan menyakitkan juga kerana pengumpulan darah yang tidak dapat keluar.
- Sembelit
- Buasir dalaman
- Luka di dubur
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Dapatkan penerangan lebih lanjut dan nasihat atau rawatan yang diperlukan di sini. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.