
Sulit
4 tahun
Dubur sakit ketika buang air besar
Saya wanita berumur 21thn , saya ada seorang anak , selepas saya bersalin normal mengunakan forsep pada awal nya rasa sakit dibahagian dubur tu tak terlalu sakit tapi sekarang umur anak saya dah nak masok 2thn saya masih mengalami sakit dibahagian dubur , rasa sakit seperti ada koyakkan lepas tu selalu berdarah menitik nitik . Sakit sangat , dah lama saya tahan . Pernah jugak pergi klinik utk check tapi katanya tiada buasir dan diberi ubat cairkan najis tapi tidak berkesan .
Apa perlu saya lakukan ?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah yang anda hadapi iaitu:
- Jangkitan dalam dubur
- Cyst pada bahagian dubur
- Masalah pada saraf pudendal
- Pendarahan akibat luka pada dubur biasanya akibat sembelit atau cirit birit yang kerap
- Pendarahan dari usus besar akibat masalah seperti radang usus
- Rectal ulser
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.