
Sulit
5 tahun
Early pregnancy dan scan
Hello doktor … Saya berumur 26 tahun… Last period 23hb mac… Pagi 27hb april saya test upt naek 2 line… Saya pergi kk untuk confirm kan pregnant then doc kata kalau da buat upt kt rumah naek 2 line confirm pregnant terus suruh saya buka buku pink ambil darah urine semua.
Cuma bila doc scan tak nampak apa2 lagi… Adakah normal lebih kurang 5 weeks (doc kira and inform ke saya) tak nampak apa2 lagi? Doc record next appointment sebulan lagi untuk scan.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Janin (gestational sac) boleh dilihat melalui imbasan ultrasound ketika jadi berumur 5 minggu. Namun, terdapat situasi janin belum dapat dilihat ketika waktu tersebut kerana kehamilan sebenarnya lebih muda dari kiraan. Oleh sebab itu, doktor membuat imbasan sekali lagi selepas sebulan kerana pada waktu itu, janin memang harus sudah dapat dilihat.
Akan tetapi, sepanjang tempoh menunggu temu janji susulan, sekiranya anda mengalami masalah sakit perut atau pendarahan, anda amat digalakkan untuk berjumpa dengan doktor.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui lebih lanjut, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.