
Anonymous
6 tahun
Eczema Herpeticum dan ketuat di kaki
Assalamualaikum…saya ada soalan untuk doktor…saya jururawat di sebuah hospital kerajaan di Utara…dalam pertengahan tahun lepas saya dijangkiti penyakit eczema herpeticum…diagnose diadapati apabila dr membuat ujian darah saya mmg reactive dengan HPV type 1… IgE test saya pun melenihi 1000…kadang2 saya selalu dapat lelah dan semput bila badan saya gatal2… saya mmg ada menjalani rawatan bersama pakar dermatologist di hospital saya bekerja…selepas saya dapat ubat antiviral,anti histamine dan antibiotics ,steroid dan sabun untuk anti microbial, saya beransur pulih dalam masa 7-8 hari…tiada gatal2…tiada lelah dan semput…
tapi baru 2,3 bulan ini saya dapat rasakan penyakit tu datang balik…habis keseluruhan badan saya terasa seperti miang dan gatal2…dan sekarang ada tumbuh ketuat di atas ibu jari kaki saya…saya rasa seperti tidak selesa…adakah disebabkan eczema herpeticum saya datang semula? pakar dermatologist saya pernah beritahu saya terkena infection di wad saya bekerja…adakah hpv ni memang tidak boleh hilang atau ianya kekal didalam bloodstream kita…saya akui PPE saya kurang semasa attend pesakit…boleh kah saya tahu n sy nak sedikit nasihat dari dr…

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doctor.
Ketuat boleh hilang dengan sendiri tanpa meninggalkan apa-apa bekas luka tetapi ia mungkin memakan masa sehingga 2 tahun. Sesetengah ketuat agak susah untuk dirawat dan adakalanya setelah dirawat, ketuat masih boleh berulang lagi. Contoh-contoh rawatan ketuat plantar termasuk:
- Asid salisilik
- Cryotherapy
- Rawatan-rawatan lain: Gel formaldehyde, gultaraldehyde, nitrate perak, dithranol, podophyllotoxin, asid trichloroacetic dan suntikan bleomycin.
- Pembedahan boleh dilakukan sekiranya rawatan topikal tidak berjaya.
Anda boleh cuba merawat ketuat anda menggunakan ubat farmasi tetapi rujuklah kepada doktor anda sekiranya anda:
- Mempunyai ketuat yang berdarah, menyakitkan, berubah rupa atau mengganggu aktiviti harian anda
- Tidak pasti diagnosisnya
- Cuba merawat ketuat sendiri tetapi ia berterusan dan mula menyebar
- Mempunyai kencing manis dan kebas di kaki anda
- Mempunyai sistem imun yang lemah kerana pengambilan ubat imunosupresi, AIDS atau penyakit imunosupresif
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih