
Sulit
3 tahun
Effect selepas demam panas
hi saya pelajar 16 tahun. hari selasa lepas saya telah mendapatkan second dose pfizer. pada malam itu saya demam panas, suhu 40.6 doktor nak masuk air tapi susah jumpa urat so dia discharge je sebab dah lewat malam. pada hari ini saya dah sembuh dari demam cuma bila saya bangun dari keadaan baring bahagian belakang kepala saya terasa sangat sakit. dari keadaan duduk nak berdiri pun belakang kepala saya sangat sakit , boleh saya tahu kenapa?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan anda.
Berdasarkan penerangan anda, kami memahami anda mengalami sakit pada bahagian belakang kepala. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, sakit kepala anda mungkin tidak berpunca daripada kesan demam panas yang anda alami. Masalah anda boleh berpunca daripada beberapa perkara seperti :
- Dihidrasi
- Posisi badan yang kurang baik
- Kekejangan otot pada bahagian leher
- Sakit kepala tekanan
- Sakit kepala kluster
Kami tidak dapat memberikan anda kepastian mengenai masalah anda tanpa sejarah perubatan yang lengkap serta pemeriksaan fizikal. Oleh itu, kami menyarakan anda untuk merujuk kepada doktor supaya punca masalah anda dapat diketahui dan dirawat. Anda boleh menghubungi doktor kami secara atas talian agar kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala.