Sulit
4 tahun
Emosi mudah terganggu dan cepat marah
sy berumur 32 tahun.sy sering berfikir,selalu risau perkara yang belum terjadi.emosi mudah terganggu dan cepat sangat marah.selalu marah dengan anak walaupun salah mereka kecil sahaja …
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Berdasarkan keterangan yang diberikan adalah berkenaan emosi terganggu dan cepat marah. Kami memahami kebimbangan anda dan akan cuba membantu.
Untuk makluman anda, gejala yang anda alami boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:
- Stress berlebihan
- Kekurangan rehat pada fizikal dan mental
- Perubahan hormon
Namun gejala ini boleh berlaku disebabkan perkara yang lebih serius yang memerlukan pemerhatian lebih lanjut oleh doktor seperti:
- Skizofrenia
- Penyakit bipolar serta psikosis
- Penyakit kemurungan serta psikosis
Oleh kerana gejala yang anda hadapi berkait dengan mental dan psikologi anda digalakkan untuk berhubung dengan doktor secara atas talian untuk mendapatkan pandangan lebih lanjut dalam hal ini.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Klik di sini untuk bercakap dengan pakar psikiatri



























