
Sulit
4 tahun
Emosi tak bertentu dan kerap pening
Emosi saya sentiasa tak terkawal dan emosi selalu tak tentu kadang² mrah,sedih, gembira,takut…dan say juga kerap sakit kepala

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan. Namun, secara umum, kemungkinan besar masalah ini boleh disebabkan oleh sebab-sebab persekitaran anda sepert:
- Perasaan stress dengan pekerjaan anda
- Pemakanan yang tidak seimbang
- Menerima tanggungjawab yang berat
- Masalah rumah tangga ataupun hubungan dengan suami
- Kurang bergaul dengan rakan-rakan atau jiran berdekatan
- Kurang sokongan daripada keluarga atau rakan sendiri
- Kurang rehat ataupun tidur.
Mengenai gejala sakit kepala yang anda alami, kami memerlukan maklumat yang lebih terperinci tentang masalah ini. Hal ini kerana ianya mungkin boleh disebabkan keadaan stres ataupun masalah kesihatan yang lain seperti masalah saraf.
Untuk mengetahui rawatan yang tepat bagi menyelesaikan masalah ini, maklumat lanjut adalah diperlukan. Anda disyorkan untuk berjumpa dengan doktor di klinik/hospital berdekatan sekiranya masalah ini berlarutan dan mengganggu aktiviti harian anda.
Anda tiada masa untuk sakit kepala? Dapatkan kelegaan segera.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan masalah sakit kepala.